Journey Of Life
Monday, March 27, 2006
  :::mEmOrIeS:::

goodbye Rohas Perkasa...
goodbye City of Luxury...
i'm gonna miz u...uhuhu


 
  ..::yAnG maNis ItU pAhiT...yANg PaHIt ItU mANis::..
adakah ini hanya satu mimpi yang datang dalam hidupku hanya sekadar untuk menguji...atau sememangnya ia suratan takdir hidupku...oh Tuhan sesungguhnya...aku tak berdaya untuk mengungkap segala rahsiamu...
semalam sekitar jam 3 pagi..aku t'jaga lagi dari lena...tiba2 fikiran ku melayang teringatkan dia...hati jadi sayu...airmata menitis lagi krn dia...rendu sgt pd dia...entah kenapa..btol la org kata cinta pertama memang susah nak lupa...nak plak masa tu hujan...uhuhu parah lg la prasaan nih...bkn aku xbuat istikharah...buat tp hati ni tetap igt dia...lps tue fikiran aku pun dah serabut dah xtenang & masa ni iblis dah mainkan peranan...nasib baik aku cepat sedar..aku pegi ambil wuduk...buat tahajud sehinnga puas...alhamdulillah...jiwaku kembali tenang...

esok tu aku ambil keputusan utk reply email yg dia hantar dkt aku setelah 3bulan dia menyepi...hamper 2minggu jgk aku tahan diri utk reply email dia tu...biarkan...aku bleh tgu 3bulan..nape dia xbleh tgu...even hati ni m'berontak nak reply email dia...kalo ikut perangai aku ni nak jgk aku thn spai 3bln...biar dia rasa apa yg aku rasa...tp aku tak sampai hati...lgpun hati xtenang selagi xreply email dia...biarlah dua-dua tenang...lgpun xbaik simpan dendam...Tuhan marah...kalo btol dia salah..biar Tuhan yang balas...ntahlah nak kata dia jahat...aku xrasa dia jahat...sejak aku knal dia..aku dah byk berubah ke arah kebaikan...dia byk guide aku...that's why aku sayang sgt dia...even dia tinggalkan aku mcm tu jek...huhuhu kesiannye kat aku...xper lah aku anggap ni sbg ujian dari Allah dlm hidup aku...aku redha jek...btol la kate teman2...sume ni ade hikmah...benda yg jadi kat aku sume ni....m'buatkan aku lebih kuat...& yg paling penting..ia lebih mendekatkan aku dgn Allah...sesungguhnye itu la hikmahnye...yg aku xnampak selama ni... "sesungguhnye bile kita mencintai Allah...Allah pasti akan membalasnye...tetapi bile kite cintakan manusia...blom tentu cinta kite terbalas"....itulah hakikat yang sedang aku belajar skang ni...


tapi bile cinta itu datang lagi dlm hidupku buat kali kedua...sekiranye ia tulus dari seseorang yg tak kukenali...atau sememangnye dia itu telah ditakdirkan untukku....aku pasti tak akan menolaknye...kerana itu anugerah dari Allah...

telah byk yg aku melalut kat cni...tp ini lah luahan hati aku...kat mane lg aku nak luah kalo bkn kat blog sendiri..huhuhu

***buat dia yang tak pernah aku jumpa...cuma terpahat kukuh dihati...aku akan terus mengingati selagi diizinkan Allah...kerana itulah kenangan yg aku ade...

***buat marina...bile cinta itu hadir dlm hati awk...pasti awk xdpt melupakannye...sememangnye yg manis itulah cinta pertama...yg pahit itu juge cinta pertama...semoga awk temui cinta sejati satu hr nanti...


 
Tuesday, March 21, 2006
  .:: eMpAt KeRaT pUiSi CiNtA ::.


Gurindam kalbu
Rindu bergema...
Sedetik sayang
Kasih terlerai...

Klasiknya cinta
Dua sejoli...
Antara benua
Bukan pemisah...

Halangan menjelma
Silih berganti...
Setabah hati
Pasti harungi...

Sejati abadi
Cinta terlara...
Tujuh lautan
Rela renangi...

Tragisnya kisah
Sehati sejiwa...
Sehidup semati
Janji terpatri...

Berpantang maut
Sebelum ajal...
Andai tersurat
Bersatu jua...

Karya - Nursalju*2006
 
Monday, March 20, 2006
  ..:: BiLa DaLaM hAtI aDa CiNtA ::..


Bila dalam hati ada cinta...
indahkan..serasa dunia ini kita yang punya...terasa diri di awang-awangan pun ada...rasa nak senyum pada semua orang...hebatkan kuasa cinta...

Bila dalam hati ada cinta...
walau hati dilukai...seribu kali pun...walau hati sering disakiti...tetapi kite tetap masih nak mempertahankan cinta itu...anehkan....

Bila dalam hati ada cinta...
walau perit...pedih dikhianati...tapi tetap maseh ade rindu...maseh ade sayang...malah makin kuat...kelirukan dengan perasaan sebegini....

Bila dalam hati ada cinta...
walau dimulut kata benci.......tapi dalam hati lain...ia memberontak...menangis...kerana sayang itu terlalu dalam... teramat...hipokritkan...

Bila dalam hati ada cinta...
jiwa rasa tenang dan damai bagi mereka yang pandai menghargai cinta...tapi...jiwa rasa tidak tenteram & kosong... bagi mereka yang tidak pandai menghargainya...bak kata pujangga...cinta itu suci...

Adakah kite pandai menghargai perasaan tulus anugerah Ilahi ini? Segalanye akan terungkai bila dalam hati ada cinta...

Nukilan: nUrSaLju-2006-
 
Friday, March 10, 2006
  :: bLeH mAjUkAh MelAyU mAcAm GiNi ::
kenape ek org melayu ni kalo berniaga suke sgt take advantage...den cekik darah...tetambah berniaga benda makan ni....aku paling xpuas ati btol....padahal amik lauk yg sama!...tiap hari...harga xtetap...kejap 4 hinggit la...esok dia tambah lagik 50 sen jadik la RM 4.50...alih2 ari ni dia kenekan 5 hinggit plak....ape kes tu? hisy xpaham btol aku....padahal aku amik lauk yg same...(xde kurang..xde lebih) huhuhu geram btol la....tau la kedai dia ramai org(pasal dah xde kedai lain nak pegi...tu yg ramai org tue! kedai lain sume jauh...tu jek yg dekat) tp xkan la sume org dia nak katok....dah la aku ni regular customer dia....sendrik mau igt la...bukan aku sorang yg komplen...kwn2 aku pon...sume xpuas ati....huhuhu dah la harga petrol melambung ....uwaaaaaa....ntah le lately ni sejak aku mkn kat luar...asyik terkena jek...mahal2 belaka...dah le tu kalo b'baloi...xpe gak ini ampeh! indah khabar dari rupa!....lps ni bwk bekal jek la...:(
 
Monday, March 06, 2006
  **mArAh KeRaNa cInTa, BuKaN mArAh KeRaNa bEnCi**
Mari kita hayati & teliti kisah dan dialog di bawah ini. Pasti ada pengajaran yang terselit di dalamnya. Semoga kita semua akan sentiasa muhasabah diri.

Saya masih ingat sikap `unik' (aneh) sesetengah orang-orang tua kampung dulu-dulu. Ruang di bawah rumah mereka selalunya diperuntukkan untuk meletakkan barang usang yang `kurang' atau tidak perlu. Selalunya botol-botol, tin-tin atau papan-papan buruk. Entah kenapa semua itu tidak dibuang. Hanya di letakkan begitu sahaja. Diguna tidak, dibuang pun tidak. Peliknya, apabila barang-barang `antik' itu hendak diambil oleh orang lain, cepat-cepat pula mereka melarangnya. Tak boleh, nak guna, sayang, dan macam-macam alasan. Itulah sebuah analogi yang terlintas di fikiran bila saya ditanya tentang kemarahan umat Islam terhadap penyiaran karikatur menghina nabi Muhammad s.a.w oleh akhbar-akhbar Eropah khususnya Denmark. "Encik tidak marah?" tanya seorang siswa sehabis sahaja majlis diskusi tentang topik berkenaan. "Marah," akui saya perlahan. "Tak cukup begitu sahaja. Esok kita berarak, bakar bendera Denmark!" Saya senyum. "Kita ada cara yang lebih baik. Ada senjata yang lebih hebat. Doa," balas saya. "Kita kena tunjuk kemarahan kepada mereka yang menghina Rasul." "Menunjukkan kecintaan kepada Rasul lebih utama." "Marah itulah tanda kecintaan kita" "Betul. Tetapi membuktikan kecintaan dengan mengamalkan sunnahnya jauh lebih utama." "Encik takut?" Saya renung matanya. "Mengamalkan sunnah Rasul memerlukan lebih keberanian. Tentangannya lebih hebat. Bahkan daripada orang Islam sendiri," tusuk saya perlahan. "Kita bakar bendera mereka!" "Kita `bakar' cara hidup mereka. Itu lebih relevan." Giliran dia pula yang diam. Mungkin siswa yang `terbakar' ini mula mengunyah maksud kiasan saya. Lalu saya ceritakan analogi awal tadi. Alhamdulillah, dia mendengar teliti. "Kita dengan sunnah, seperti orang tua-tua dahulu dengan barang-barang usang di bawah rumah. Nak digunakan tidak, nak dijunjung jauh sekali, tetapi bila ada orang lain nak mengambilnya, barulah heboh konon nak digunakan." "Bagaimana kita hendak tunjukkan perasaan marah?" "Demontrasi depan manusia. Depan Allah, kita berdoa. Kita muhasabah, sejauh mana kecintaan kita kepada Rasul-Nya. Mungkin provokasi Barat membawa pengajaran tersirat." "Pengajaran tersirat?" "Ya, tersirat dari Allah agar kita menilai semula benar-benarkah kita mencintai sunnah Rasul-Nya selama ini." "Kemarahan ummah inilah buktinya," ujarnya bersemangat. "Kemarahan cuma bermusim. Hanya luapan sentimen berkala. Namun kegigihan, kebijaksanaan, perancangan dan ketabahan jangka panjang amat perlu." "Maksud encik?" Jelas dia terpancing dengan kilasan dan kiasan kata-kata. "Jangka panjang, sudahkah kita mendidik generasi muda mencintai Rasul dan keluarganya. Saya risau generasi muda yang mabuk hedonisme kini tidak akan punya kemarahan yang sama seperti yang saudara alami." "Saya ada kawan-kawan sebaya yang hidupnya lintang pukang, tapi masih marah bila Rasulullullah dipersendakan. Mereka akan turut berarak esok!" "Hidup lintang-pukang? Macam mana tu?" tanya saya minta kepastian. "Rock habis. Sembahyang tidak. Bergaul bebas biasalah tapi cinta mereka terhadap Rasul tak luntur." "Ajak mereka sembahyang dulu. Tak berarak pun tak apa. Cinta dulu, marah kemudian. Bila ada cinta, pasti ada marah bila kecintaan dicela. Tapi kalau marah saja, belum tentu ada cinta " Dia diam lagi. Kali ini diamnya lebih panjang. "Agaknya orang tua tu marah tak kalau kita ambil barang-barang berharga di atas rumah?" tanyanya tiba-tiba. "Orang tua mana?" tanya saya semula. Hairan. "Orang tua dalam analogi encik tadi itulah!" "Soalan tu kurang umph," gurau saya. "Habis soalan apa yang umph?" "Agaknya orang berani tak hendak minta barang di atas rumah? Berbanding barang usang di bawah rumah?" balas saya. Termenung lagi dia. Seronok rasanya `membimbing' siswa ini berfikir. Terimbau luapan semangat saya sewaktu di kampus dulu. Beginilah pola berfikir saya. Tiba-tiba dia bersuara, "tentu tak berani, kerana barang di atas rumah tentu lebih berharga." "Begitulah sunnah, jika dihayati, diamalkan dan diperjuangkan. Ia nampak sangat berharga di tangan pencintanya. Musuh tak kan berani mengusiknya, apalagi nak menghinanya" "Encik ni, tak sangka ke situ pula kiasannya." "Kita orang Islam mesti menghormati diri sendiri terlebih dahulu, barulah orang lain akan menghargai kita. Justeru, jika kita marahkan musuh yang mengecam Rasul, marahkanlah juga diri kita yang tidak benar-benar mencintainya!" "Dan bukti cinta amalkan sunnah Rasul. Itulah cara paling berkesan mempamerkan `kemarahan' kepada musuh-musuh yang menghinanya." Alhamdulillah, saya yakin, kini marahnya kerana cinta bukan kerana benci. Dominasi cintakan Rasul bukan emosi bencikan musuhnya.
 
Sunday, March 05, 2006
  ..:: HaTi SeInDaH mAwAr ::..

Indahnya mawar ni...adakah hati kita seindah mawar ini? hiasilah hati dengan iman agar ia seindah mawar...
 
Thursday, March 02, 2006
  :: sEkAdAr SuKe-sUkE ::
1) Semua haiwan jadi monyet,monyet jadi apa?
jwpn: Jadi banyak.

2) Antara ekor lembu dengan ekor tikus... ekor mana
yg lebih pjg & kenapa?
jwpn: ekor tikus lebih panjang sebab mencecah lantai

3) Dari banyak banyak burung, burung mana jaga
atuknya sendiri?
jwpn: Burung belatuk aaa

4) Kalau kereta berhenti apa yg turun dulu ....?
jwpn: Speedometer turun dulu

5) kalu bas kemalangan n bas tu terjatuh ke dalam sungai,
apa yang masih hidup lagi walaupun bas tu dalam air...?
jwpn: road tax dia arrr....

6) kete apa yang bolih jalan dari pokok ke pokok?
jwpn: nissan 323 (tree to tree)

7) apa yang paling pandai dalam makmal?
jwpn: termometer sebab byk degree :-p8)

8)Kumpulan Orang Asli Paling Berjaya
jwpn: O.A.G (Orang Asli Gombak)

9) Kumpulan Rock yang Paling wangi
jwpn: MAY (Bau Sabun)
 
"Life is wonderful if you know how to appreciate it"

My Photo
Name: edyda
Location: Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

A very simple person who love to live in peace & harmony, nescaffe + yogurt drink addicted, enjoy snapping a picture everywhere, love a nature beauty + fanatic of indonesian, korean & japanese drama + music influences (kerisPatih,Hanazakarino, nidji,spring waltz,ungu etc), quite moody sometimes but overall just nice :),romantic kind of.. (jiwang) & shopholic too (pantang ada duit)he he..A muslim + arabian + good daughter to her parents :D

Archives
November 2005 / December 2005 / January 2006 / February 2006 / March 2006 / April 2006 / May 2006 / June 2006 / July 2006 / August 2006 / September 2006 / October 2006 / November 2006 / December 2006 / January 2007 / February 2007 / March 2007 / April 2007 / May 2007 / June 2007 / July 2007 / August 2007 / December 2007 / January 2008 / February 2008 / April 2008 / May 2008 / June 2008 / July 2008 / December 2008 / February 2009 / March 2009 / April 2009 /


Powered by Blogger

Subscribe to
Posts [Atom]