Journey Of Life
...::mY HeArT::...

Telefon Bimbit Hilang?
Apa yang boleh dilakukan?Jangan berikan peluang kepada mereka yang mencuri telefon bimbit andadaripada menggunakannya. Jadikan ia tidak berguna supaya ia tidak lagiboleh dijual kepada orang lain.Caranya mudah. Setiap telefon bimbit mempunyai nombor siri IMEI yangtersendiri. Anda hanya perlu mengetahuinya dan menyimpan catatannya.Untuk memeriksa nombor siri IMEI ini, tekan simbol dan nombor berikut :-* # 0 6 # tanpa ruang kosong. (star hash kosong enam hash)Nombor yang ditayangkan adalah 15 digit nombor yang unik bagi setiap telepon bimbit. Catatkan dan simpan ditempat yang boleh didapatkan semula.Sekiranya telefon bimbit anda hilang, anda boleh melaporkan kehilangantelefon bimbit anda kepada pemberi khidmat telefon bimbit seperti TM,Maxis atau Digi. Berikan nombor ini kepada mereka supaya ia bolehdisenarai hitamkan. Sekiranya pencuri menukarkan kad SIM, ia masih tidak dapat digunakan kerana telefon bimbit sudah dihalang penggunaan.Walaupun anda mungkin tidak lagi mendapat telefon bimbit anda, denganmenjadikan ia tidak berguna sudah cukup memuaskan hati. sekiranyasetiap daripada kita mencatatkan nombor siri IMEI dan melaporkannombor siri ini apabila kehilangan telefon bimbit. Kes-kes kehilangandapat dikurangkan kerana tiada guna mencuri telefon bimbit jika tidak boleh dijual dan digunakan. Lakukan sekarang yer!
..::mALaM tAnPa bUlan & BinTaNg::..

duhai malam...
sepinya kurasa seakan tak berpenghuni...
kudongak keatas
berharap akan munculnya kerdipan bintang
didada langit
malangnya...
hanya kelam yang sudi
bertandang menemani...
lalu...
kuberharap lagi..
mungkin ada sang bulan
yang berselindung disebalik kelamnya langit
kudongak ke kiri..ke kanan...
mencari....
tapi hampa...
aku hanyalah pungguk yang perasan sendiri
lantas...
ku tunduk
kecewa...
mungkin aku sangat mengharap
kupasrah...
hanya sepi yang sudi
menemani aku malam ini
bukan bintang...
jauh sekali bulan...
lalu..
kupujuk hati...
usahlah terlalu berharap
-nursalju-2006-
..::sEnsItIvE mOdE::..
how to describe my feeling at this moment...dok dpn pc pun...seakan blur tgk screen tatau nak wat ape...so aku conteng la kat cni...sekadar menenangkan ketegangan hati...everyday nak stress...kalo cam gini cepat tua la aku...huhuhu...novel 'Hati yang terusik' aku bli smlm pun...still kat tempat yg sama...xde mud aku nak baca....esk la kot baca...hmm hr ni memang totally xde mud..dgn sakit pinggang sume adeh... slalu je ketenangan aku dirampas cam gini... kejamnya memori...sometimes i feel that i'm a loser...i hate this feeling huhu...mcm mana aku avoid pun...dia dtg jgk....dah lame dah jiwa xkaco mcm nih....dulu slalu jer jadi gini...hati xtenteram sokmo....pastu aman kejap....dah skang dia buat balik...hope tomorrow everything will be okay..Ameen...i'm tired to fighting with this negative feeling!"bila hati sedang terusik...segala kegemaran bukanlah menjadi kegemaran lagi"
***hati tenang sket bile terkenang memori semalam...si kecil itu
datang memeluk..so sweet...
..::pUisI BuAt pEnENanG jIwA::..

..::eVeryBodY pLs rEad::..
Message from CID Officer of Polis Diraja Malaysia.
ROAD SAFETY ALERT
A police officer working with a the DARE program has issued this warning: If you are driving after dark and see an on-coming car with no headlights on, DO NOT FLASH YOUR LIGHTS at them. This is a common gang member "Initiation Game". The new gang member under initiation drives along with no headlights and first car to flash their headlights at him is now his "target". He is now required to turn around and chase that car, and shoot at or into the car in order to complete his initiation requirements. Make sure you share this info with all the drivers in your family.
" Expect the best. Prepare for the worst. Capitalize on what comes."
..::mAsaLaH oH mAsAlaH::..
hidup ni xpernah sunyi gan masalah...satu masalah selesai...datang pula masalah lain...yang pasti masalah itu akan membuat kita jadi lebih matang...bohong lah kalo aku kata aku tak mengeluh dgn masalah yang terlambak kat kepala aku....tp bila aku fikir dengan cara tenang...aku yakin masalah itu adalah satu ujian buat aku...maybe Allah uji utk melihat tahap kesabaran aku...
alhamdulillah...hingga hari ni aku masih sabar...& aku still leh tenang hadap masalah...aku still leh senyum kat sume org....& aku still leh post entri kat cni... saat sume beban tu masih tersangkut kat bahu aku...aku mampu leh buat sume benda ni....maybe ni sume terapi buat aku...hmmm kwn2 aku sume kata yg aku terlalu baik...selalu sgt nak mengiyakan org lain....tak pernah langsung nak SAY NO...ntah lah dah memang aku gitu...xreti nak say no kat org...& at last menyusahkan diri sendiri...hati aku kata biarlah....diri sendiri susah & jgn susahkan org lain... kalo nak ikutkan masalah aku ni besar mana sgt la...kalo nak bandingkan masalah umat kat sana tu yg tak terbela lagi...Allah uji meka lagi dashat...aku dengan masalah yg seciput gini takkan lah nak mengeluh...takkan aku nak jadi org yg tak bersyukur plak kan..asyik nak merungut jer...no..no..aku kena sedar diri yg aku ni menumpang jer kat tanah sementara ni...so kena bersyukur...xleh merungut...yg pasti setiap ujian sume tu ade hikmah yg tersembunyi...hmm sebut psl hikmah ni...aku teringat sinetron yg main kat Astro Ria pukul 6 ptg tu tajuk dia Hikmah...best citer tu ala2 citer sinetron Ikhlas yg aku penah tgk dulu...pelakon dia pun kebanyakan same...so aku nak ikut la sinetron ni spai abiz...& kat cni pun aku ade upload lagu OST Hikmah ni..lirik ade kat bwh...best sgt lagu dia...& tunggguuuuuu satu lagi OST song aku nak upload kat cni..hehe dah jumpe...cuma tgu mase yg sesuai nak upload jer (tunggu puas dgr lagu Hikmah ni..heheh)
********************************
Hikmah - Netta Kd & Daniil (OST Hikmah)
subhanallah walhamdulillah
astaghfirullah wallahu akbar
subhanallah walhamdulillah
astaghfirullah hasbi Allah
di tepi kerinduanku
memandang hampa pada duniaku
hanya orang biasa
tak lepas dari rasa kecewa
hanya padamu tempatku mengadu
pahit yg kini menyiksaku
aku percaya tiada yg sia-sia
semua kan ada hikmahnya
angan yg membalut mimpi
dulu melukis nyanyian hati
ku hanya orang yg kalah
satukan hatiku yg terbelah
"hidup senang untuk direncana...tapi amat sukar untuk dikendali"
...::pEnDerItaAn bErSulaM kEsAkItAn::..
Bismillahirrahmanirraheem...
trying to describe what they feel trough my deepest heart
Lewat petang semalam...aku ade dapat satu link from a fren tru YM...then aku pun trus buka that link....tergamam...terkedu... tatkala aku melihat gambar-gambar yang ade dlm link itu....trus rase marah yg tersimpan membara lagi buat utk ke berapa kali....betapa kejamnya mereka....sayu hati melihat kanak-kanak yang tak berdosa menjadi mangsa kekejaman....bayi-bayi yang relai tulang....hancur isinya....astaghfirullah...tak sanggup rasenya aku nak terus lihat gambar2 itu..tetapi utk menginsafi diri dan merasai keperitan mereka....aku gagahi jgk utk melihat sehingga ke gambar terakhir....*melalui laman itu ade tertulis "what CNN never shows you" betapa bijak si yahudi jahanam menutup salah sendiri*Ya Allah....betapa menderita nya mereka...dan betapa beruntungnya kami di bumi Malaysia ini...betapa peritnya mereka menanggung kesakitan....betapa pedihnya mereka terlantar dikatil bertilam putih... ada yang berbalut seluruh anggota badan dan ade pula yg berbalut separuh anggota badan...tapi yang pasti itu adalah satu keperitan yang maha hebat....sesungguhnya disamping penderitaan yg tak bernoktah ini....Allah salurkan kekuatan dlm jiwa mereka....ketenangan melalui kesabaran melalui liku-liku keperitan tatkala hilangnya separuh dari anggota badan...hilangnya keluarga tempat bergantung....itulah anak-anak Palestine yang syahid di jalan Allah....yang jihad ke jalan Allah... dan mangsa2 terbaru anak-anak Lebenon...Betapa beruntungnya kita....wahai saudaraku dibumi bertuah ini....kita masih boleh...bersuka-ria menonton wayang setiap hujung minggu....makan apa saja yang kita inginkan....beli segala apa sahaja yang dihajati...pabila tibanya hujung bulan tatkala poket penuh....kita mengatur pula jadual utk melancong ke sana-sini...bergembira sehingga kadangkala lupa pada Dia yang di atas sana....bersyukur lah kerana Allah tak memberi kita ujian yang hebat seperti merekan dibumi al-quds itu....beringat lah kita wahai teman jgnlah terlalu memikirkan keseronokan duniawi yang sementara...bertaubatlah selagi kita berkesempatan....beramal lah selagi kita punya waktu senang....janganlah bila sampai waktu susah barulah kita ingat akan semua itu....kerana pada waktu itu mungkin kita telah terlewat....Marilah teman-teman kita ringankan beban saudara2 kita disana...hulurkan lah bantuan ikhlas buat mereka walau sedikit....siapa lagi yang ingin bantu mereka kalau bukan kita sesama saudara seagama...ingatlah hari ni mereka diuji....mungkin esok-lusa hari kita pula....siapa kita untuk menjangka apa yang akan terjadi pada esok hari... marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah agar episod penderitaan para saudara kita berakhir dengan cepat dan kesejahteraan dan keamanan buat semua umat muslimim di seluruh dunia...aameen...
"kuasa Allah tak siapa pun dapat menghalang"
Al-Fatihah
~buat mereka yang telah syahid~
***************************
Untuk menderma ke tabung Palestine anda bolehlah salurkan ke:
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor akaun: 12113010005797
----------------
Aman Palestin Berhad
Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor akaun: 12029010047880
Maybank Malaysia Berhad
Nombor akaun: 562263010787
Pertanyaan : 03-89267019
..::LET US BOYCOTT THEM::..
-Please do help our friends, sisters & brothers there-

For those who are Muslims out there & for those who are hated the terrorism, come with me…let’s boycott all of Israel and American financial sources...we must take our responsibilities as Muslims to give back for what they have done to Palestinians and Lebanese.
*********************
Peace for all Muslims
&
Safe for Islam
"Life is wonderful if you know how to appreciate it"

- Name: edyda
- Location: Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
A very simple person who love to live in peace & harmony, nescaffe + yogurt drink addicted, enjoy snapping a picture everywhere, love a nature beauty + fanatic of indonesian, korean & japanese drama + music influences (kerisPatih,Hanazakarino,
nidji,spring waltz,ungu etc), quite moody sometimes but overall just nice :),romantic kind of.. (jiwang) & shopholic too (pantang ada duit)he he..A muslim + arabian + good daughter to her parents :D
View my complete profile
November 2005 /
December 2005 /
January 2006 /
February 2006 /
March 2006 /
April 2006 /
May 2006 /
June 2006 /
July 2006 /
August 2006 /
September 2006 /
October 2006 /
November 2006 /
December 2006 /
January 2007 /
February 2007 /
March 2007 /
April 2007 /
May 2007 /
June 2007 /
July 2007 /
August 2007 /
December 2007 /
January 2008 /
February 2008 /
April 2008 /
May 2008 /
June 2008 /
July 2008 /
December 2008 /
February 2009 /
March 2009 /
April 2009 /
Subscribe to
Posts [Atom]