Journey Of Life
Monday, September 25, 2006
  ..::SYukUrLaH...sYUkuRLaH::..
Assalamualaikum...

saya dtg lagi utk mengisi sesuatu di blog ini...& utk berkongsi sesuatu yg terjadi di sekeliling kite dan bukan jgk didepan mate kite...sesuatu yg terjadi di luar dunia kita...yg kite sendiri kadangkala terleka atau barangkali terlupa utk ambil tahu...seandainya teman2 masih belum bosan membaca coretan sy yang xseberapa ini...syukur alhamdulillah...kita sebagai hamba Allah ini memang lah patut saling ingat mengingati...agar kite tak tersesat dan sentiasa beringat & bersyukur...ape info yg baik kite kongsi bersama...insyaAllah diberkatiNYA...

Semalam sebelum waktu berbuka...saya sempat melihat satu rancangan dokumentari Ziarah di Astro Ria yg dikelolakan oleh Wan Kamaruddin dan Dang Suria...rancangan ini berkisar tentang pengembaraan Wan Din dan Dang Suria sendiri berserta beberapa krew rancangan ke negara-negara Asia Barat iaitu bumi-bumi malang selepas dan didalam peperangan...Mahasuci Allah...indah juge bumi Afghanistan even kesan akibat peperangan masih jelas...masih ade tempat2 indah yg sy sendiri xterfikir....dan penduduknye begitu ramah & sopan...sungguh begitu besar kuasa Allah & begitu indah bumi Allah tak kire dimana pun...andai kite bijak menghayati & tahu menghargai..

tiba2 dtg seorang kanak2 berusia lebih krg 11thn dr pengamatan sy lah...menjaja manisan utk menyara kehidupan bersama ayahnya yg lumpuh...sayu nye hati melihat budak sebesar itu terpaksa berkerja keras dibawah bahang matahari 50 darjah celsius demi sesuap nasi..bayangkanlah jike kite ditempat kanak2 itu? sanggupkah kite? tepuk dada..tanyalah hati...ikhlas sy katekan yg saya respect kanak2 itu yg tekun belajar ape itu SABAR dan ape erti SYUKUR sesungguhnya kite disini patutlah bersyukur sgt2..dgn nikmat yg Allah bagi jika nak dibandingkan dgn kehidupan masyarakat disana....kepayahan kanak2 tadi menjaja dengan senyuman tak lekang dibibir demi meneruskan kehidupan itu bisa menyentuh hati nurani bak kata Dang senyuman itu adalah bahasa duka terindah didunia....sesungguhnya kita patut bersyukur wahai teman...bersyukurlah dengan apa yang kite ade....
 
  ...Fadhilat Solat Terawih...
Assalamualaikum...semoga teman-teman sihat sejahtera dibulan yg mulia ini dan dapat menjalani ibadah puasa dgn sempurna dan sama-samalah kita memohon keberkatan dan keredhaan daripada ALLAH S.W.T. Di sini..sempana Ramadhan saya ingin berkongsi sedikit tazkeerah mengenai Fadhilat Solat Terawih...agar kite lebih bersemangat utk melakukan solat terawih disepanjang bulan Ramadhan ini...insyaAllah..dan di bulan Ramadhan juga adalah kesempatan utk kita menyucikan segala dosa dgn bertaubat dan mengumpul seberapa banyak pahala dengan amalan dan ibadah yg istiqamah....sesungguhnya ALLAH S.W.T itu maha pengampun, pengasih lagi penyayang...

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."

"Semoga kita tergolong didalam orang-orang yang diredhai ALLAH"
 
Saturday, September 23, 2006
  ...Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak...

Ramadhan yang kurindu
bakal menjelma..
Ramadhan yang kunanti
kian hampir... sebentar lagi....
Kupohon padaMu ya Allah
keberkahan dan rahmatMu
dibulan suci ini
semoga hikmah Ramadhan
melimpahi ke atas hamba-hambaMu
yang taat kepadaMu
Di Ramadhan ini...
marilah kita bersama
menghayati bulan suci
penuh hikmah
dengan beribu doa dan amalan
Di Ramadhan ini..
InsyaAllah...segala doa akan
didengari Allah
yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang...
Aameen...
 
Thursday, September 14, 2006
  ..::bAjU rAyE tAk tEmpAh LaGi::..
tadi...

masa merayau-rayau singgah kejap ke blog faizah then terbaca satu entri dia pasal tempah baju raye...automatik pale aku tringat satu kampit paper beg itam dlm almari tue...huhuh baju raye xtempah lagi! uwaaaa....sempat ke? cuak plak ase....

2 hari lps mama call tya( yaya yg jwb) aku dah tempah baju ke belom...yaya kate belom...bebel trus la mama....katenye hah! berminat nak bukak gedung kain ke? sebab ma kate gitu psl kain2 aku utk raye yg lepas2 pun byk yg xtempah lgi....berkampit2 kat kpg tu ha...mama bebel lg....belinye rajin....tempahnye tidak! tue....nak tambah koleksi kain kat umah sewa lak ke? ampun ma...weekend ni dgn kadar segera akanku tempah (tu pun kalo tailor mau amik lg) kalo tak nangis la...gigit jari...& nampak gaya kolokesi baju ready made bertambahlah lagi....


kesan : padahnye utk org suke tangguh keje...

penyelesaian : ubah sikap!
 
  ..::aManKah?::..

 
Thursday, September 07, 2006
  ..::Salam Nisfu Sya'ban::..
Salam malam Nisfu Sya'ban buat semua teman-teman...semoga kita peroleh keberkatan dan rahmat daripada Allah di bulan yang mulia ini dan semoga amalan kita yang kurang sempurna akan diganti dengan amalan yg lebih sempurna dan doa kita dimakbulkan... insyaAllah...aameen
"Telah memberitahu kami Muaz bin Fudhalah telah memberitahu kami Hisham daripada Yahya daripada Abi Salamah sesungguhnya sayyidatina 'Aishah telah memberitahunya dengan berkata : Nabi S.A.W tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya'ban, dan baginda S.A.W telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Sya'ban. Dan adalah baginda S.A.W bersabda : Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan ( mewajib )kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W adalah sembahyang(sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda S.A.W apabila mendirikan sembahyang maka baginda S.A.W sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian. ( Diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya dan imam Muslim di dalam sohihnya)"
 
Monday, September 04, 2006
  ...surat adik untuk ibu...



ibu...
adik sepi lagi disini ..sunyi sangat ibu...

ketahuilah ibu...
adik masih bertatih utk mencapai bahagia impian adik seperti juga harapan ibu dan ayah satu masa dahulu...walaupun payah...adik cuba..adik masih ingat pesan ibu..jangan lekas putus asa...adik tak lupa itu ibu

tapi kadangkala adik rasa kalah ibu tewas dengan perasaan rendah diri..kenapa ibu? kenapa adik lemah begini...adik perlu semangat ibu...perlu sangat ibu...tapi adik sedar..akan hakikat qada' dan qadar Allah..yang pergi tu takkan kembali...walau adik merintih setiap hari rindukan ibu...adik masih tetap ingat ibu...adik igt lagi ibu selalu kata kita harus redha dengan segala apa yang tejadi kerana itu ujian Allah untuk kita..Allah tak akan menguji hambanya melebihi kemampuannya...adik ingat sgt ibu tentang hakikat itu...adik redha bila ayah pergi ketika adik masih baru belajar untuk menyebut dan memanggil A.Y.A.H dan adik redha bila rakan-rakan sekolah sering mengejek adik dan jiran-jiran melemparkan pelbagai tohmahan buat ibu...adik insaf bila melihat akan kesabaran ibu mengharungi ujian Allah ini...dan sehingga ibu terbaring kaku dan pergi buat selamanya...pun adik redha...kerana adik tahu hukum bahawa segalanya telah tertulis di Loh Mahfuz!

ibu...
walau ibu tak meninggalkan harta dunia buat adik...dan hanya meninggalkan senaskah Al-Quran buat adik... adik ikhlas ibu.. mulianya hati ibu..adik masih ingat.. ibu kata duit hanya memberi kita kebahagian yang sementara manakala Al-Quran akan memberi kita kebahagian yang abadi. Kitab suci pemberian ibu itu masih elok adik jaga...itulah harta adik dunia dan akhirat..dan ia juga adalah penawar buat adik dan hadiah buat ibu dan juga ayah

ibu...
adik rindu sgt dengan ibu..rindu akan kasih sayang ibu, kekuatan, semangat dan kesabaran ibu...adik mengaku adik tak sekuat dan setabah ibu...tapi adik akan cuba sedaya mungkin adik akan ingat setiap pesan ibu itu...adik akan sisip semangat ibu itu melalui ingatan tulus adik terhadap ibu..walau berkali adik jatuh adik tak akan sesekali berputus asa dengan rahmat Allah..itu janji adik...

ibu...
terima kasih kerana mendidik dan membesarkan adik menjadi seorang insan..dan insyaAllah kasih sayang ibu akan adik junjung selagi hayat dikandung badan..dan adik akhiri surat ini dengan iringan doa buat ibu dan juga ayah ...semoga tenang disana dan ditempatkan bersama para solihin..insyaAllah kita akan bertemu juga satu hari nanti di alam abadi..
 
"Life is wonderful if you know how to appreciate it"

My Photo
Name: edyda
Location: Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

A very simple person who love to live in peace & harmony, nescaffe + yogurt drink addicted, enjoy snapping a picture everywhere, love a nature beauty + fanatic of indonesian, korean & japanese drama + music influences (kerisPatih,Hanazakarino, nidji,spring waltz,ungu etc), quite moody sometimes but overall just nice :),romantic kind of.. (jiwang) & shopholic too (pantang ada duit)he he..A muslim + arabian + good daughter to her parents :D

Archives
November 2005 / December 2005 / January 2006 / February 2006 / March 2006 / April 2006 / May 2006 / June 2006 / July 2006 / August 2006 / September 2006 / October 2006 / November 2006 / December 2006 / January 2007 / February 2007 / March 2007 / April 2007 / May 2007 / June 2007 / July 2007 / August 2007 / December 2007 / January 2008 / February 2008 / April 2008 / May 2008 / June 2008 / July 2008 / December 2008 / February 2009 / March 2009 / April 2009 /


Powered by Blogger

Subscribe to
Posts [Atom]