Tuesday, January 29, 2013

Azam 2013

Hari-hari lepas bagun dari tidur haruslah:

* tarik nafas dan bersyukur pada ALLAH kerana masih melanjutkan usia.
* berdoa supaya diampunkan segala dosa yang lepas dan berazam untuk tidak berbuat dosa pada hari itu dan hari-hari seterusnya
* berdoa supaya ALLAH memberikan hidayah, rahmat dan rezeki yang halal. InsyaALLAH
* berdoa supaya sentiasa dibukakan pintu hati untuk setiap kebaikan
* berazam untuk terus berdakwah buat diri sendiri yang masih jahil setiap sudut ilmu ALLAH
* dan sentiasalah ingat akan mati.

Semoga aku mampu istiqomah dalam berazam kali ini. Ameen Ya Rabb..

Tuesday, January 15, 2013

...

aku cuba untuk mahu hanya jiwa kamu, tapi aku tewas sama kata hati aku.

maaf...

Wednesday, November 14, 2012

Thursday, June 21, 2012

tidak bertajuk

hilang konsentrasi,
cair tahi telinga,
rabak jiwa dan raga

maka...

berceritalah dengan Tuhan yang Esa..
akan tenanglah jiwa ragamu
yang rabak itu

Friday, July 22, 2011

Harimau Malaya vs Chelsea

Chelsea almost seri dgn Harimau Malaya?? owh speechless jap. Menang pun sebab nasib? mcm tak percaya la pulak, hai apa sudah jadi Chelsea?

Defend & Keeper Harimau Malaya, Aku SALUTE sama you all :D

Keep it up!

Thursday, July 21, 2011

Aku

Aku biasa-biasa sahaja, umur pun dah lepas 30 dekad tapi tak laku-laku juga, tu la orang kata masing-masing punya rezeki tak sama. Tapi ada juga segelintir orang suka menyindir sebab tak laku-laku, biasalah mulut manusia mana la nak boleh tutup. Aku buat bodoh aje, lantak la janji aku tak kacau hidup orang lain, apa ada hal?

Aku kerja dan aku sangat kuat kerja. Aku kerja dengan swasta tapi ada link dengan gomen. Kerja aku memang banyak, tapi sejak-sejak ada assistant ni ringan la sikit beban. Sebab tu la aku sempat merepek di sini. Aku tak suka gomen, orang-orang dia pun segelintir aku kurang gemar, sebab tu aku tak pernah mohon nak kerja dengan gomen. Tapi aku juga tak suka pembangkang, pokoknya aku pangkah politik. Mak aku tiap-tiap tahun bising suruh aku daftar mengundi, tapi aku takde hati pun nak daftar, bukan apa, aku keliru, tak tau siapa betul, siapa salah. Aku taknak jadi hipokrit, so bila mak aku bising lagi tahun ni, aku buat bodoh aje. Aku harap tahun depan pintu hati aku ni terbuka la untuk mendaftar.

Aku juga minat fotografi, aku jadi jurugambar sambilan untuk majlis kahwin atau majlis-majlis lain yang perlukan khidmat aku. Kadang-kadang aku rasa macam nak berhenti jadi Jurugambar Perkahwinan ni, bukan apa sebab aku rasa kadang-kadang kerja-kerja seni aku ni tak berkualiti. Tapi permintaan masih tinggi, so aku teruskan juga. Kadang-kadang ada juga teman-teman fotografi ni ajak outing konon-konon nak mempertajamkan lagi skill. Kalau aku berminat, aku join. Aku gemar sesuatu yang unik, tak hairan la kalau citarasa aku semuanya canggih-canggih. Tapi walaubagimanapun aku bukanlah pemilik blackberry, android atau iphone. Aku hanya memiliki sony ericsson K618i sejak 5 tahun lalu, Alhamdulillah ia setia memberi khidmat kepada aku. Aku juga bukan pemilik BMW, Swift mahupun Myvi SE, aku hanya memiliki Kancil 850 keluaran tahun 1998, masih juga tetap setia memberi khidmat pada aku walaupun kadangkala menjahanamkan poket aku. Tapi takpe bukan tiap-tiap bulan dia meragam, once in a blue moon aje. Janji aku tak tanggung hutang :). Aku juga tiada rumah, walaupun kerja dh lebih satu dekad, masih belum mampu memiliki sebuah rumah, tapi aku mampu menyewa pangsapuri kos rendah. Hidup pun agak selesa, jadi lah, Alhamdulillah.

Setakat ni hidup aku Alhmadulillah, takdelah komplikated sangat. Aku tidak terlibat dengan sebarang jenayah, cuma yang ada saman-saman tidak mematuhi undang-undang jalan raya. Setakat tu je lah kisah hidup perempuan biasa-biasa seperti aku. Tiada yang menarik.

counting

sabar.

tenang.

another 5 hours to go...

Wednesday, March 09, 2011

Diam

semak!
lemas!
serabut!

tolonglah diam.

biar aku bisa tenang
walaupun cuma sekejap