Friday, July 21, 2006

-Say NO to IFC-

Gombak, 16 Julai -

Peguam Kamar Ainiyah melahirkan kebimbangan terhadap usaha pihak-pihak tertentu di Malaysia yang mengambil kesempatan daripada tragedi 9/11 untuk memburuk-burukkan Islam. Beliau berkata demikian di “Majlis Perbincangan Khas Pertubuhan-Pertubuhan Islam Mengenai Isu Lina Joy dan Umat Islam” anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di Gombak hari ini.

Usaha “Islam bashing” ini menurut beliau dapat dilihat dalam beberapa insiden yang melibatkan serangan secara langsung terhadap kedudukan istimewa Islam di Malaysia atas nama perjuangan hak asasi manusia. Ini termasuklah cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama Malaysia (IFC) dan kemunculan gabungan individu dan pertubuhan bukan kerajaan dalam kumpulan “Article 11”. Menurut cadangan asal, IFC merupakan sebuah suruhanjaya yang berperanan mempromosikan hak kebebasan beragama di Malaysia. Selaras dengan peranannya, badan ini mempunyai kuasa untuk mencampuri urusan dalaman komuniti-komuniti agama di negara ini. Kerajaan telah menolak cadangan penubuhan IFC dan kumpulan “Article 11” kini sedang giat memperjuangkan hak kebebasan beragama secara mutlak di Malaysia, termasuklah hak seorang Islam untuk murtad.

Kamar Ainiyyah juga mendedahkan bahawa usaha murni untuk menggalakkan dialog antara agama di Malaysia telah di “hijack” oleh segelompok peguam hak asasi manusia yang mencadangkan penubuhan IFC. Beberapa tokoh dan organisasi yang terlibat secara langsung di peringkat awal perbincangan telah menarik diri kerana mencurigai motif sebenar di sebalik kesungguhan kelompok ini mempromosikan hak kebebasan beragama, bukannya kepentingan dialog antara agama.

Dalam ucapannya, Kamar Ainiyyah turut mengingatkan kaum Muslimin agar berhati-hati dengan kemunculan sebuah organisasi berpengkalan di luar negara yang sedang giat mendekati gadis-gadis Melayu dan memujuk mereka berkahwin dengan pemuda-pemuda bukan Islam. Organisasi ini turut membekalkan telefon bimbit secara percuma untuk dihadiahkan kepada gadis-gadis terbabit. Beliau menyifatkan usaha ini sebagai strategi terbaru golongan yang tidak bertanggungjawab untuk memurtadkan umat Islam di negara ini - MyIslamNetwork.


Sila layari laman web ini http://myislamnetwork.net untuk muat
turun borang sokongan Kempen Pungutan Tandatangan Mempertahankan Kesucian Islam Di Malaysia

No comments: