Thursday, August 17, 2006
Telefon Bimbit Hilang?
Apa yang boleh dilakukan?
Jangan berikan peluang kepada mereka yang mencuri telefon bimbit anda
daripada menggunakannya. Jadikan ia tidak berguna supaya ia tidak lagi
boleh dijual kepada orang lain.Caranya mudah. Setiap telefon bimbit mempunyai nombor siri IMEI yangtersendiri.
Anda hanya perlu mengetahuinya dan menyimpan catatannya.Untuk memeriksa nombor siri IMEI ini, tekan simbol dan nombor berikut :-
* # 0 6 # tanpa ruang kosong. (star hash kosong enam hash)
Nombor yang ditayangkan adalah 15 digit nombor yang unik bagi setiap telepon bimbit. Catatkan dan simpan ditempat yang boleh didapatkan semula.
Sekiranya telefon bimbit anda hilang, anda boleh melaporkan kehilangan
telefon bimbit anda kepada pemberi khidmat telefon bimbit seperti TM,Maxis atau Digi. Berikan nombor ini kepada mereka supaya ia bolehdisenarai hitamkan.
Sekiranya pencuri menukarkan kad SIM, ia masih tidak dapat digunakan kerana telefon bimbit sudah dihalang penggunaan.Walaupun anda mungkin tidak lagi mendapat telefon bimbit anda, denganmenjadikan ia tidak berguna sudah cukup memuaskan hati. sekiranyasetiap daripada kita mencatatkan nombor siri IMEI dan melaporkannombor siri ini apabila kehilangan telefon bimbit. Kes-kes kehilangandapat dikurangkan kerana tiada guna mencuri telefon bimbit jika tidak boleh dijual dan digunakan.
Lakukan sekarang yer!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment