Monday, September 04, 2006

...surat adik untuk ibu...



ibu...
adik sepi lagi disini ..sunyi sangat ibu...

ketahuilah ibu...
adik masih bertatih utk mencapai bahagia impian adik seperti juga harapan ibu dan ayah satu masa dahulu...walaupun payah...adik cuba..adik masih ingat pesan ibu..jangan lekas putus asa...adik tak lupa itu ibu

tapi kadangkala adik rasa kalah ibu tewas dengan perasaan rendah diri..kenapa ibu? kenapa adik lemah begini...adik perlu semangat ibu...perlu sangat ibu...tapi adik sedar..akan hakikat qada' dan qadar Allah..yang pergi tu takkan kembali...walau adik merintih setiap hari rindukan ibu...adik masih tetap ingat ibu...adik igt lagi ibu selalu kata kita harus redha dengan segala apa yang tejadi kerana itu ujian Allah untuk kita..Allah tak akan menguji hambanya melebihi kemampuannya...adik ingat sgt ibu tentang hakikat itu...adik redha bila ayah pergi ketika adik masih baru belajar untuk menyebut dan memanggil A.Y.A.H dan adik redha bila rakan-rakan sekolah sering mengejek adik dan jiran-jiran melemparkan pelbagai tohmahan buat ibu...adik insaf bila melihat akan kesabaran ibu mengharungi ujian Allah ini...dan sehingga ibu terbaring kaku dan pergi buat selamanya...pun adik redha...kerana adik tahu hukum bahawa segalanya telah tertulis di Loh Mahfuz!

ibu...
walau ibu tak meninggalkan harta dunia buat adik...dan hanya meninggalkan senaskah Al-Quran buat adik... adik ikhlas ibu.. mulianya hati ibu..adik masih ingat.. ibu kata duit hanya memberi kita kebahagian yang sementara manakala Al-Quran akan memberi kita kebahagian yang abadi. Kitab suci pemberian ibu itu masih elok adik jaga...itulah harta adik dunia dan akhirat..dan ia juga adalah penawar buat adik dan hadiah buat ibu dan juga ayah

ibu...
adik rindu sgt dengan ibu..rindu akan kasih sayang ibu, kekuatan, semangat dan kesabaran ibu...adik mengaku adik tak sekuat dan setabah ibu...tapi adik akan cuba sedaya mungkin adik akan ingat setiap pesan ibu itu...adik akan sisip semangat ibu itu melalui ingatan tulus adik terhadap ibu..walau berkali adik jatuh adik tak akan sesekali berputus asa dengan rahmat Allah..itu janji adik...

ibu...
terima kasih kerana mendidik dan membesarkan adik menjadi seorang insan..dan insyaAllah kasih sayang ibu akan adik junjung selagi hayat dikandung badan..dan adik akhiri surat ini dengan iringan doa buat ibu dan juga ayah ...semoga tenang disana dan ditempatkan bersama para solihin..insyaAllah kita akan bertemu juga satu hari nanti di alam abadi..

No comments: