KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang pernah menggemparkan warga kota dengan lagak ngeri memanjat Menara Berkembar Petronas (KLCC), di sini, 10 tahun lalu, muncul semula untuk melakukan percubaan kali kedua, semalam.
Lebih menarik, Alain Robert, 45, yang digelar Spiderman melakukan percubaan kali kedua genap 10 tahun selepas 20 Mac 1997 apabila cuba memanjat KLCC yang ketika itu belum siap sepenuhnya. Lagak ngeri lelaki warga Perancis terbabit kira-kira jam 3 petang, membuatkan kira-kira 2,000 pengunjung, termasuk pelancong asing terpegun, malah bersorak dan bertepuk tangan untuk memberi sokongan moral terhadap ‘kerja gila’ itu.
Aksinya memanjat menara KLCC tanpa sebarang peralatan dengan membawa bendera Malaysia menarik perhatian orang ramai yang berada di situ ketika dia berada di tingkat 60 sebelum ditahan pengawal keselamatan dan diserahkan kepada polis.
Difahamkan, aksinya itu sempena ulang tahun ke-10 bagi dirinya dalam cubaan memanjat menara setinggi 452 meter itu.Lelaki berkenaan dikatakan mengambil masa sejam memanjat ke tingkat 60 menara KLCC, akhirnya menyerah diri kira-kira setengah jam selepas dipujuk polis.Ketika polis berjaya membawanya turun, orang ramai bertepuk tangan seolah-olah memberi sokongan kepada lelaki bertubuh sederhana yang hanya berketinggian 1.64 meter itu.
Dia yang dibawa ke balai polis sempat melemparkan senyuman kepada orang ramai dan melambai tangan.Robert pernah ditahan 10 tahun lalu dalam percubaan pertamanya memanjat Menara KLCC dengan hanya berpakaian sukan dan menggunakan kasut khas untuk mendaki.
Dia ketika itu hanya membawa tali dan tidak menggunakan sarung tangan dalam cubaannya memanjat menara terbabit.Pada tahun yang sama, Robert dijemput dan diberikan kebenaran memanjat banggunan Yayasan Sabah setinggi 28 tingkat dalam satu pertunjukan bersama stuntman tempatan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Muhd Zulkarnain Abdul Rahman, mengesahkan penahanan lelaki terbabit.Katanya, lelaki itu ditahan ketika berada di tingkat 60.
Ihsan: Harian Metro
Nota kaki bangku: hai macam-macam hal…try imagine camne ek dia panjat KLCC tu huh…dia qayan masuk rancangan ‘Ripley’s Believe it or Not’ kot hahahha….hisy merepek btol la mamat tu….kot yer pun nak panjat mintak la permission dulu ker…then pakai alat keselamatan yg lengkap….ni main redah jer…free2 jek kena masuk balai…upenye ade history 10 years ago…hmm no wonder la memang dia kempunan tahap gaban dah ler tu nak panjat KLCC…bile sy baca artikel ni rase cam kelakar giler he he he…tapi kan kalo mintak permission pun kerajaan & pihak menara luluskan ker? Hmmmmm dunno la ape yg pasti mamat tu ‘glamer’ la haha
No comments:
Post a Comment