Tuesday, April 10, 2007

..::rAsA ItU kEmBaLi::..

Aku sorang yang biasa
Aku tak punya apa-apa
Yang kupunya hanyalah sekeping
Hati yang polos...
Untuk kupersembahkan padamu


Seringku berharap akan
Setiap hembusan nafasmu
Adalah milikku


Tapi itu hanyalah harapan kosong
Yang tak akan mungkin jadi milikku

Tewaskah aku dalam memenangi hatimu?

Penat sudah aku dalam meyakinkan hati
Bahawa engkau adalah untukku
Penat sudah aku dalam meladeni perasaan
Bila engkau meminggirkan aku...


Tetapi perasaan ini degil! Tetap mahu disitu...
Tercicirkah aku?
Atau terlewatkah aku dalam merebut
Kasihmu yang mahal itu..


Tiba-tiba perasaan itu datang lagi…setelah sekian lama ia tak pernah terjadi..semalam sungguh mengejutkan…ia terjadi lagi…setelah hampir setahun aku boleh buat tak kisah dgn rasa itu….aku kira hati aku sudah keras…rupanya belum lagi…masih tetap sama…rasa itu masih tetap disitu tak mahu hilang….kenapa? aku Tanya hati…tapi hati tetap tak bagi jawapan…akhirnya airmata juga yg memberi jawapan samar itu lagi…

Perit…memang perit bile rasa itu datang…

Tapi... apa pilihan lagi yg aku ada?
Tiada...


Maha Suci ALLAH yang mengurniakan benih cinta didalam hati hamba-hambaNYA
Maha Kuasa ALLAH yang membolak-balikkan hati makhluk-makhlukNYA..


Semoga aku tidak kalah lagi dengan perasaan pincang ini...ameen

Bertanya pada hati amatlah mudah...tapi untuk hati merealisasikan jawapan itu sesungguhnya amat sukar sekali...

Itulah kenyataan yg harus aku terima

No comments: